About Me

My Photo
Nell Huriean
I am me and that's all I can be...I'm not perfect and never claimed to be...but I am happy with who I am and with the decisions I have made in my life... NoBOdy perfectly noe EvERYTHINg AbouT me... I am a daughter, a SisteR, a Grand-Daughter, A niece, a cousin, a FrienD, a StudeNt, a Young girl And a grown woman. I aM confident And SCArED, TERRIFied anD exited. I am LovING AND cARing and thoughtful anD hOPEful. I am Shy anD friendly, anD careful AND carleSS. I am hard working anD determined But a little scared on tHe inside. I PraY to GOD and CrY My tEaRS. i listen To Others & olwez gave a chance for someone who deserved itz. I LoVE yoU anD I want yoU But nOt so close. I aM everything anD nothing alL at OnCE..feel free to visit my blog yaa..all about my Tales... Nell Heart you...
View my complete profile

love2


Friday, June 15, 2018

Wajah Kesayangan Bonda

Tiap kali  melihat wajahmu tidur sayang,
Terdetik seribu perasaan yang tidak bisa mamy ungkapan.
Inilah wajah darah daging mamy,
wajah yang akan memberi sejuta kegembiraan kepada mamy,
wajah yang memberi kekuatan kepada mamy,
wajah yang begitu kecil bersih dan belum ternoda dengan segala kejahatan di dalam dunia ini

Inilah wajah yang membawa seribu satu pengertian dalam hidup mamy,
Terlalu banyak yang perlu kita tempuhi sayang.
Saat ini kmu mungkin tidak mengerti setiap pergolakan yang sedang berlalu. Mamy sendiri juga tidak mengerti. Tapi suatu hari nanti, mamy mahu kamu tahu bahawa wajah yang mamy tatapi setiap malam ketika tidur itulah yang memberi mamy kekuatan. Suatu kekuatan dari dalam yang menjadikan Mamy lebih tabah, kuat dan tegar. Kamulah sumber kekuatan mamy.

kutatapi wajah itu lalu ku sentuh pipi yang lembut, lantas mamy jadi terharu tiba-tiba.  Tidak apa sayang. Suatu hari nanti keadilan dan kebenaran akan menyebelahi kita. Jika perlu menunggu 20 tahun lagi, mamy akan menunggu. Saat itu akan tiba kerana Tuhan sedang mendengar. Apa yang terpenting ialah kamu perlu tahu bahawa mamy dan dady akan sentiasa ada untuk kamu. Kamulah darah daging dan nyawa kami. Kamu akan membesar dengan baik dan kamu akan bisa menghadapi segala sesuatu kerana kamu anak mamy dan dady.

Wednesday, June 13, 2018

Pengalaman Pertama Memborong di Gm Klang dan Gm Plaza




Pengalaman pertama datang memborong di SM ini agak istimewa. Masa menulis nhe pun saya dalam Flight KL-KK. Mulanya bercadang pigi berdua saja sama adik tapi si mama nhe pun mahu-mahu ikut so kami terbang bertiga lah. Perjalanan kami hanya mengambil masa 3 hari 2 malam. Meaning 2 say mimang sangat-sangat padat lah.


Sebelum terbang saya pigi tanya dulu sama kawan yang biasa pasal memborong di KL nhe.. Dia cadangkan pergi terus ke GM klang sebab apa yang ada di GM plaza semua ada juga di GM Klang. Dia ada juga mention pasal kenanga mall. Okay sini saya maw cerita pasal beza kedua-dua tempat ini.



Dua-dua tempat ini jarak memang jauh. Kalo naik grab car tambang rm65. Tapi memandangkan kami bertiga so kira okay lah. Termasuk tol Rm3.50, dalam Rm70 juga lah tambang dari KLIA ke GM klang. sampai GM klang kami menginap di Ezihotel. Ini hotel agak kurang memuaskan tapi memandangkan ini lah yang paling dekat sama Gm klang so kami tinggal sini saja. Keluar-keluar ja terus GM Klang kedudukan ini hotel



Gm klang buka jam 10 pagi - jam 6.00pm saja tapi jam 5.40 tue semua peniaga udah masing2 mengemas barang. So kena set masa lah kalo pigi sini. Untuk bahagian C, buka sampai jam 10pm namun bahagian C tue semua yang barangan untuk maw kahwin saja sia nampak. segala langsir, cadar, karpet. Gm klang nhe memang sangat besar dan banyak barang. Tapi untuk kosmetik, dia sangat kurang. Kalo ada 10 skala, sia bagi 2 saja untuk kosmetik dan perfume. Tapi baju-baju muslimah, mainan dan barangan budak memang sangat heaven termasuk barangan keperluan rumah. Tp bukan ini bah sia cari. Huhu! Ohyaaa..wallpaper pun sangatttttt murah sini ah.. Kamu tahu yang di kaison jual rm36 segulung 3D tue? sini jual rm14.50 saja!! Gilaaa kan??? Yang rm19.90 selalu kena jual di kaison sini Rm10 saja. Memang puas hati lah! Sempat sia membeli lagi wallpaper untuk rumah.




Sia teda terbeli mainan di Gm klang. sia pok di gm plaza baitue namun trust me gais, di Gm plaza 1 ja kedai jual mainan itu pun harga mahal.. Rm35 ke atas semua. Bonggok betul sia rasa diri sia sebab nda beli di GM klang lagi. begitu juga dengan baju budak, di Gm klang bersepah2.. di Gm plaza? 1 skala 10 saja saya kasitau kamu. So kalo maw beli baju budak sangat digalakkan pigi sana Gm Klang. Sekijab ja kami habis round di Gm klang. Sebab yang kami maw cari tiada kan. Sampai sia ambil keputusan untuk pg GM plaza mahu tinguk amcm keadaan di sana.


Gm plaza kami nhe tempat dia kicik saja. Tempat laluan mimang sempit. Kalo ada troli nimpas, ko kena bagi laluan udah sama e2 troli. sebab laluan mimang sempit. Di luar kedai lagi banyak kotak timbun2 pasal banyak orang memborong di sini. Kalo maw cari kosmetik dan perfume, sia bagi ko skala 10/10. Sangat banyak kosmetik dan perfume  yang murah sini. Bayangkan bah, bedak muka kalo di gm klang borong paling murah rm2.50.. di sana Gm plaza rm1.60 saja.. Punya jauh beza harga. Obuse eyebrow yang kena jual rm48 di Gm klang, tapi di Gm plaza nda sampai pun rm40..Nampak beza harga dia??



Kebanyakan pemborong di sabah pun ambil barang di Gm plaza. Okay! syukurrr.. setakat ini jumpa lah lubuk rezeki diurang. Lepas ini bolehlah main watsap saja untuk order barang. E2 kedai BS yang salah satu pemborong utama sia, sekali sampai di Gm plaza.. tiada2 bahhhh.. Kena kc nimpas2 saja oleh orang. Bayangkan lah kalo sia nda turun sendiri pg kl untuk cari suplier, ndakah menyedihkan?? nasib sempat berkenalan sama suplier2 besar dari Gm plaza.


Kalo pasal beg-beg atau kasut saya sarankan pigi lah Gm klang. Gm plaza memang agak kurang pilihan dia. Kalo sia ada masa 1 hari lagi, sia maw bah pigi sana kenanga mall. Itu pun salah satu tempat memborong juga, tapi bilang orang-orang di sna kebanyakan baju saja. Ohya, baju di gm klang mmg murah. baju kerja yang baju kurung biasanya orang jual rm80 sepasang, di sana jual rm100 untuk 3 pasang!! tapi kena pandai pilih kedai lah.



Di luar-luar gm plaza banyak lagi tempat memborong yang kedai2.. sia sudah survey harga, ada yang okay..ada yang mahal. Yang barangan leather lah kebanyakan di luar-luar nhe. Kalo mcm dompet lelaki yang di pasar malam dorang jual rm45, di sana nda sampai pun rm10😂



So setakat ini gm plaza dan gm klang mmg sia sudah tahu selok belok dia. Sekarang  masa untuk pulang, baru terasa badan sakit lah, pinggang sangattt sakit lah..macam-macam penyakit bungkar. apa inda, berabis berjalan tanpa henti bah..hahaaa! okaylah, setakat ini saja coretan sia ini hari. Harap dapat membantu sesiapa yang mencari maklumat pasal 2 tempat ini.



Wednesday, May 16, 2018

Pengalaman Bersalin Anak Pertama secara pembedahan.

Pengalaman bersalin untuk yang pertama kalinya merupakan moment yang sangat mendebarkan buat semua momies di luar sana. Ada yang dipermudahkan, ada yang sangat susah, tidak kurang juga ada yang berakhir dengan khabar duka. Namun, apa yang pasti semua kesakitan akan hilang sejurus mendengar suara tangisan pertama bayi sendiri.

Saya dijangkakan bersalin pada 06.06 2017. Satu tarikh yang lumayan cantik. 1 minggu sebelum bersalin doktor sarva dari KKSC bagitahu yang leher rahim sudah matang dan tunggu bila-bila masa saja akan keluar. Kalo maw induce kc keluar pun boleh dialang tapi sia bilang nda apa lah dr. Kami tunggu saja. Masa tu sia inda sabar sudah maw kasi keluar sebab maw kejar cuti laki sia. Laki sia start cuti dari 27.05 lagi bah. Sebab takut teberanak awal memandangkan kondisi perut sia pun mcm meragukan saja. Balik-balik sudah ada tanda maw keluar tapi tidak juga keluar-keluar. adoii... betullah urang bilang. kalo sampai masa maw keluar, keluar juga dia tue. sementara maw menunggu beranak mcm e2 ular sawa sia tidur ah.😂 Makan tidur makan tidur. ohoooooooo..

06.06.2017 Sampai due date sia. Tiada juga tanda-tanda. sempat lagi sia sama laki sia pg cuci kain sana "my dobi" kampung dunggang. Sementara tunggu kain siap, kami pigi masuklah sana sebelah. Ada opis perumahan. Pumpppp!!! ada 1 rumah kosong masih available bumiputra lot. Itu orang punya loan tidak lulus. Trus kami pigi check itu rumah masa tu juga. Lumayan besar, cantik dan selesa. Harga pun masih kepala 3 dengan rumah besar begitu. Kebetulan yang menjaga sana sia biasa sebab dia yang urus pembelian rumah sia dulu. Petang tu dia whatsap yang ada orang maw bayar deposit juga itu rumah sebab ada juga yang menanya. Nah, tiada pikir panjang trus sia pigi bayar deposit 1k saat itu juga. hahaaa. Nasib ada duit masa tue.

Petang tu juga, sia sama  laki sia pigi bank islam alam mesra maw tanya pasal pinjaman. Sebab kan perlu deposit 10% tue. Jadi tanya punya tanya nasib ada kelayakan sia lagi. Kami trus direct pigi Utc untuk pigi bayar tunggakan ptptn sia supaya lepas untuk buat pinjaman. Masa tue sabar saja angkat-angkat perut. Keperluan bersalin semua ada dalam kereta. Balik-balik sia usap perut sia dan pujuk anak sia " jangan dulu keluar ah nak..kc peluang dulu mamy dady urus rumah untuk ko juga nanti" 😐 Malam tue juga kami menaip surat segala untuk urusan beli rumah.

Pagi 07.06.2017 jam 7 pagi lagi kami bangun, maw pg sekolah jumpa pengetua untuk minta sign buat loan. Waktu duduk menunggu mandi, tiba-tiba sia terasa ada panas-panas keluar dari bawah sia. Tbediri sia terus. Sekali check, ada lendir warna jernih dalam bentuk ketulan keluar. Dalam 3 cm panjang bgtu. Betingukan sia trus sama laki sia. Aik. maw keluar udah? apa ini?? tapi sia teda rasa apa-apa sakit pun. Belum bah lagi kali. Kami pun cepat-cepat bersedia maw jalan pg kb. Sepanjang tue, ada lah keluar sikit-sikit cecair. Tapi tidak banyak. Jadi sia anggap itu keputihan sia saja. Sampai kB, sempat lagi pg makan koo loo mee kota belud yang sedapppppppp! Baru teringat pun pandai lapar wooo😂. Dari sana trus kami direct jumpa pengetua. 2 jam kami menunggu di sekolah sebab pengetua lambat masuk. Sempat sia kc kemas meja sia sana bilik guru. Sambil cari-cari buku klinik sia yang hilang. Hebat kan. Buku klinik sia buli hilang bah. Maka maw beranak sudah. Paling hebat lah. Dari sekolah, trus kami pg opis perumahan. Pigi sign agreement jual beli rumah. Lepas tue direct lagi pigi bank di kk untuk hantar borang loan Nasib baik sempat urus. Sampai di kereta jam 2pm udah. Laki sia bilang marilah pigi check. Tapi sia bilang " pulanglah.. sia langsung tiada rasa sakit. pinggang pun tidak sakit, nanti kalo ada rasa sakit baru kita pigi lah"   nahhh..kalah2 doktor bah kan buat keputusan sendiri🤣

Sampai Tuaran dekat jam 4 udah,  kami baring-baring mengisi borang on9 beli rumah. Tapi malas. Jam 5 lebih bgtue sia bawa laki sia jalan pusing-pusing sana padang Tuaran. Adalah 3-4 pusing kami berjalan b'kambai sana padang Tuaran. Trus sia panat. sia maw pulang. Nda juga sia terberanak. Langsung teda sakit pun.

Sampai rumah dalam jam 7 begitu sia maw pigi mandi. Sekali sia nampak pad sia, hijau sudah itu cecair yang keluar. Aik..lain juga nhe. kenapa hijau??? Sia keluar dari tandas kc tinguk laki sia. Dia pun mana taw apa-apa. Apa juga dia buli cakap. Sia gambar kc tinguk ipar sia yg nurse. Dia kajut. diabilang kalo hijau bererti e2 baby sudah terberak dalam perut tue. Masa tue muka kami laki bini lain sudah. Masih sia b'keras tidak maw pg hospital sebab langsung tiada sakit bah. Berabis ipar sia paksa pg check dulu di hospital berunggis.  Jadi sia sama laki sia pun terkedek2 lah berjalan maw pg check. Tapi ada 1 masalah. Buku klinik sia kan hilangggggg..hahaaa..pintar sungguh!!! kami nda berani pg minta check sana hospital berunggis sebab teda buku klinik. Jadi direct lah bah kunun kami pg KKSC. 🤣

Sampai sana jam 9 lebih. Kena check2. Jantung baby okay semua. Trus for the first time sia kana saluk. Sia maluuuuuuuu betul masa tue. Malu sampai maw menangis. Sia tidak maw buka pun kangkangan sia bah. Betul2 sia tidak mahu. Tapi ada laki sia di sebelah sia kc signal. Jadi mahu inda mahu berserah saja sia kana saluk. Moment yang paling memalukan sia rasa kana saluk. aiyaaaahhhhhh! Dan belum ada bukaan langsung. semua okay. cecair pun tiada keluar lagi. Macam Normal nhe.  Tapi itu nurse tidak kc pulang sia. Tanya punya tanya, kami kc tahu lah jam 7 pagi lagi ada lendir kaluar. Kami kc tinguk lah e2 gambar pad sy yg warna hijau. Trus muka dia berubah. " Kenapa yang pagi lepas keluar kmu tidak pigi sini terus??" rileks sia jawab. " sia belum rasa sakit apa2". Malam itu juga sia kana tahan. Diabilang baby ko mesti  keluar sebelum jam 7 pagi besok. Sebab Dalam tempoh 24 jam lepas leaking mesti baby keluar kalo nda baby akan lemas di dalam. Masa tue muka sia sama laki sia berubah udah. Begitu serius punya tahap meh??? astagaaaa.

Jam 10 Malam sia kena ganti baju udah. Masa tue masih belum rasa sakit apa-apa. Sempat lagi sia ketawa2. Trus kena kc masuk ubat bikin birak. Maw kc keluar taik2 di dalam sia. Diabilang supaya masa beranak sia tidak terbirak. Kena shaved lagi sia sana. dan sia macam itu queen saja baring di katil teda buat apa2. Diorang yang fully urus sia. Best juga lah. Trus drng bawa masuk yg drip pg e2 bilik. Itulah bermulanya penderitaan atas penderitaan sia. Masa tu jam 11 mlm. Saya kena beranak jam 7 pagi. Bermaksud dalam tempoh 8 jam saja sia kena kc peluang untuk beranak dengan kadar 0 bukaan.  Dorang kc sya induce yg high dose punya tahap. Betul-betul sakit!!  Sia ingat sia mati sudah masa tu woo.. sia tidak dapat kc describe macamana itu sakit dia. Sia rasa putus memutus badan sia. Masa tue lah keluar darah-darah sama cecair hijau. Penuh di katil sia. Dalam tempoh 1 jam sia kena tukar lapik maw 4 kali sebab penuh darah sama ketuban keluar. Masa yang sama juga balik2 sia pigi tandas kesan ubat berak2 sia tue. Najis campur darah2 bah keluar. Dengan jarum di tangan yang menyucuk. Betul-betul sya bersyukur sebab ada laki sia sama-sama sia masa tue. Sia tidak tahu lah kalo sia sendiri melalui itu saat. Betul-betul sia tidak buli. Bangun turun katil dengan darah menitik-menitik. Speechless.

Nurse tiap 30 minit masuk check keadaan sia.  Dia bilang memang betul lah anak saya sudah terberak di dalam perut. Ketuban sya warna hijau sudah. Masa itu sia betul-betul bersyukur. Kalo saya pg gov, dengan keadaan tiada tanda beranak dan tiada bukaan bgtue,mungkin sia sudah kena suru pulang rumah. Kecian anak sia di dalam berendam sama ketuban yang ada taik. Adoiiii. Nasib itu nurse berkeras tahan saya dan induce sia. Cantik perancangan Tuhan menjaga bayi sia.

Jam 3 am ada sudah 3cm bukaan sia. Tapi sia rasa sia punya biji mata  pigi atas udah tlampau kesakitan. Highdose bah tue kena induce. Balik-balik sia pingsan sebab terlampau sakit. Menangis! sampai nurse bagi sia sendiri ubat bius. Supaya sia tidak berapa kesakitan. Ada kurang sikit lah lepas kena bius. Masa tue darah yang keluar pun ada kurang sikit udah. Jam 5 pagi, sia ada 2 jam lagi peluang untuk kc keluar bayi sia. Betul2 saat yang antara hidup dan mati. Berdoa pun sia tidak mampu lagi masa tu, sia rasa kalo sia kena bagi besi masa tue, buli bingkuk woo itu besi oleh sia.🤣 Sia pigi minum e2 Virgin coconut oil 2 teguk. Nurse masuk pigi check. 6cm udah bukaan. Tinggal 2 cm lagi maw tunggu, buli sudah sia masuk dewan bedah. Tapi masa tu sia meracau sudah. Sia merayu kena bg ubat bius untuk kedua kalinya. Menangis sia minta kena bius. Bilang nurse dia cuma buli bagi yg nda berapa kuat. Takut ada effect untuk sia sma baby. Masa tue sia inda bpikir lagi. Kasih sia bius cepat!!!! 

Lepas kena bius kali kedua terus sia pingsan. Bayi sia pun ikut lemah kesan itu ubat bius. So tiada pergerakan dari dalam. Sia pengsan sampai jam 7.30 pagi. Saya terbangun bila ipar saya sampai. Tapi masa tu sia nda mampu pun maw senyum. Sakittttttt. Darah pun sudah berhenti. Kena check bukaan. Masih 6cm. Tiada perubahan sebab baby pun ikut tidur di dlm kesan ubat bius. Sepatutnya keluar udah baby sya masa tue. Doktor bilang " i give u chance 2 hour more"  Saya malas sudah maw pikir masa tue. Badan lemas pasal kesan bius. Saya pingsan balik.

Jam 9 lebih doktor masuk untuk check. Saya tsedar. Jantung baby masih okay tapi dia bilang  " i'm not happy with the progress. Slow progress. I have to make emergency czer to save ur baby" Sia tinguk muka laki sia pun speechless udah. Sia tidak mahu kena bedah. Menangis sia takut. Tapi laki sia bilang " tidak apalah ney, ney sudah cuba juga mw beranak normal. Tidak apa juga.."

Masa tu betul2 lah sia sedih. Takut. Tidak lah bah sia maw kc lepas laki sia bah. Nurse datang kc sedia2 sia untuk buat pembedahan. Hidup kah sia lagi nanti nhe dalam hati sia. Tapi inda apalah.. yang penting anak sia selamat. Masa tue saya berdoa di dalam hati " Kalo ada pilihan antara saya atau anak sya, Engkau selamatkan lah bayi saya Tuhan". waktu saya kena surung pg bilik bedah untuk process bius separuh badan "epidural" di tulang belakang punya sia takut. sia pusing kiri kanan. Sia tidak nampak laki sia. Punya sia cemas masa tue. Menangis sia " mana laki sia??mana laki sia?? sia maw laki sia. suruh dia masuk"  Tapi itu lelaki bilang lepas kena suntik baru dia kena kc masuk. Sia tpusing nampak itu jarum. Punya basar. sia maw pingsan nampak.  Punya sakitttt waktu kena cucuk di tulang belakang. Trus numb badan sia. Sia kena panggil2. Sia dingar tapi sia tidak dapat bagi respond. sia tidak dapat kc gerak badan sia. Tapi semua percakapan org di dalam e2 dewan bedah sia buli dingar. Sebaik sia dingar suara laki sia panggil sambil piggang pipi sia baru sia rasa tenang cikit.

Proses bedah kena kc mula. Dalam kurang dari 5 minit saja sia rasa. Sia dingar suara kecoh2. Trus tidak lama sia dingar anak sia menangis. Masa tue lainnn betul itu perasaan. " anak mamy. saya sudah jadi mamy. anak mamy sudah selamat." Darang kc tinguk muka anak sia. Sia tidak tau dari mana kekuatan saya datang, saya angkat tangan untuk capai anak sya. Tapi tidak sampai sebab makin jauh ank sia kena bawa keluar. Jatuh tangan sia balik. Masa 1st tinguk muka anak sia. "aik..kenapa muka anak sia bgni.." hitamm sudah muka dia masa tue. Tidak lah bah kiut sia nmpk 😂😂😂🤣 .  Kepala pun mcm panjang. Kesan lambat keluar. Sama sia tidak pandai meneran. Sia pg kepit kepala dia masa sia contraction bilang nurse. Nasib sekarang comel udah ini budak 🤣🤣🤣

Sekijab saja siap. Kalo sia taw bgni cepat kena bedah. Ndalah bah sia maw tanggung penderitaan kena induce bah. Bagus awal-awal lagi kena bedah. Sama juga. Dari tanggung 2 kali sengsara. Tapi yalah. Manalah bah dijangka begini kesudahan kan. Sebab mmg sya bercadang maw normal delivery.  Trus sia pingsan. Sia sedar sja...soalan pertama sia tanya laki sia "mana anak kita?" trus laki sia kc tinguk bideo itu nanatan sna nursery. okay. sia pingsan balik. Tak mampu i. Teda tenaga. Banyak kali kena bius kan. Kesakitan lepas bedah nanti sia cerita dalam part lain. Hahaaa.

Begini lah cerita pengalaman beranak anak pertama. Next tym ada pengalamn dan pengajaran sudah. Janganlah pandai-pandai mengalahkan doktor. Bila ada tanda. PigiLah sana hospital. Jangan bawa main nyawa anak. Jangan bilang "sia rasa...sia rasa"  Sekarang tiap kali nmpk muka anak masa tidur. Akan terimbas semula saat2 mendebarkan dulu masa beranak dia nhe. mamy sayang betul ank mamy ini. Tapi ini lah perempuan ini, sengsara amcm maw beranak pun. Belum sampai setahun udah simpan keinginan maw berank balik. Hahahaaa. Nanti mamy sama dady bagi nanatan adik yeee😎😂😃🤣🤣

Tuesday, October 10, 2017

Pregnant???!

Hampir Semua wanita pernah mengalami pengalaman mengandung. Satu pengalaman yang sangat berharga terutama bagi yang preggy anak pertama. Begitu juga saya, mengandung anak pertama ini adalah sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Apalagi bila pertama kali mendengar dengutan jantung darah daging sendiri dari dalam. Betul-betul terharu.

Tarikh keramat perkahwinan saya ialah pada 15.09.2016. Sehari sebelum hari Malaysia. Masa itu kami terus honeymoon di Hotel perkasa Tenom sebab 16.09 keesokkan harinya kawan baik saya lagi si gayang yang kawin 😂 Tarikh persandingan kami pada 30 oktober 2016. So kiranya kami kawin di jpn dlu baru sanding 1 bulan kemudian.

Cuti laki sia habis trus dia balik ke kuching untuk kerja. Saya meneruskan hidup di Sabah dengan segala persediaan dan diet maut untuk nampak selim masa sanding sia nanti. hahaaa

Next period saya sepatutnya hujung bulan 9. Seumur-umur hidup sia nda pernah sia punya haid nhe lewat. 1 minggu berlalu nda kunjung tiba juga ini period. Masa tue manalah saya expect apa-apa. Tiada pengalaman katakannn.. Tapi yang pelik selera makan sia berubah. Dari dayot maut kepada selera naga. Sentiasaaaa lapar. sentiasaaa mengantuk. amaaaaa..mungkin sia tidak sihat sia bilang.

Lepas tue sia maw makan asamboi. Tapi sia maw asamboi putih yang ada garam di luar dia. cari-cari tiada ah. emosi betul sia. Sia suruh adik2 sia cari di kedai. Darang pg beli pula itu asamboi yg tiada garam. Menangis betul sia sebab Punya sia meradang. Last2 sia jumpa sana kedai runcit dunggang. Terus sia beli 6 bungkus ah. sentiasa sia makan. Masa tue belum lagi sia t'pikir apa-apa. Next day, sia teringin makan mee sup yang ada bau bawang. sendiri sia dribing pg mencari. Maw pg kota belud, tapi jauh betul. Jadi sia pg sana gerai tenghilan. puassssss betul hati sia lepas makan. hahahaa

Then masuk hari ke-10, tidak juga sia period, breast sia masa tue mengambang. Tidak muat udah bra bah. sia ingat sia menggumuk. Stress btul masa tue sebab baju banyak nda buli muat. sempit bahagian dada. Matilah sia. Hujung bulan maw sanding lagi. badan naik mendadak. Trus sia pigi hiking tiap petang. Tapi muka sia sangat-sangat pucat. Lemas. sia ingat pasal sia telampau panat hiking tiap petang. Tidurrrr saja kerja sia. Di tempat kerja pun mana sia peduli, sia kasih ampai ja kepala sia di meja tidur. Tahap mengantuk yang luar biasa. Warna  bibir sia pun sama saja sama warna kulit. sangat pucat. Masa tue lain udah sia pikir. Tidak buli jadi nhe.

Petang tue sia pg hiking lagi di bukit. Balik dari hiking sia singgah sana watson Tuaran. Sia pigi beli pregnant test. Sia ambil yang paling murah. Saja maw test-test. Malam tue, pulang saja dari hiking. sia mandi trus sia pg test lah. Sekalinyaaaaaaaa...

Punya laju itu double line!! Balik2 sia tinguk itu belakang plastik. Apa maksud  kalo double line. Pucattttt sia nampak bila kena tulis "pregnant" uwahhhhhhhhh!!!!!   saya sangat tkajut. Sia inda sangka secepat ini sia preggy. sebab kami merancang lepas 1 tahun kawin baru maw ada anak baitueee... Bergagar2 tangan sia membuka pintu.. Maw kol laki sia..hahaa! Tapi inda juga sia kol sebab sia nda taw maw cakap  apa. sia nda taw berita gembira atau berita apaaaa..aduiii.. sia snap gambar. Send sama laki sia.hahahaaa..peduli dia takajut sanaaaa😂😂😂

Respond dia " aik.. pregnant?" 😅

gitueee bah..trus dia kol. Dia bilang inda apalah.. syukur lah ada rezeki awal. Orang lain bertahun2 mahu ada anak nda dapat2.. kita terus dapat. syukur lah sayang.

Tapi suara dia nda excited. suara pasrah 🤣🤣🤣🤣. sia pun hanya mampu berhuhu saja.
Bisuk dia sia pg beli lagi pregnant test yang mahal. Apa nama tue ah... yg 99% betul. 2 sia beli..Lajuuu juga 2 line.. alamak.. sia pigi lagi klinik swasta..lajuuu juga 2 line..ohoooo..kompom udah laituee..bikin sayang duit saja balik2 beli pregnant test..sampai 5 kali bah sia buat..semua positif..ohooo..Susah juga maw terima mula2..sebab belum lagi maw ada anak telampau awal. Tapi yalah. Bersyukur. Anak itu berkat. Pemberian dari Tuhan.

Sekarang nhe itu anak 11 bulan sudah. Kami kc nama Nathaniel xavier . Nama panggilan Nanat. Jajal bukan main. heheeeee.. Dialah pelengkap hidup kami berdua. Dialah nyawa kami. Semoga terus membesar menjadi anak yang kuat dan hebat sayang. ❤

Template by:

Free Blog Templates