Tiap kali melihat wajahmu tidur sayang,
Terdetik seribu perasaan yang tidak bisa mamy ungkapan.
Inilah wajah darah daging mamy,
wajah yang akan memberi sejuta kegembiraan kepada mamy,
wajah yang memberi kekuatan kepada mamy,
wajah yang begitu kecil bersih dan belum ternoda dengan segala kejahatan di dalam dunia ini
Inilah wajah yang membawa seribu satu pengertian dalam hidup mamy,
Terlalu banyak yang perlu kita tempuhi sayang.
Saat ini kmu mungkin tidak mengerti setiap pergolakan yang sedang berlalu. Mamy sendiri juga tidak mengerti. Tapi suatu hari nanti, mamy mahu kamu tahu bahawa wajah yang mamy tatapi setiap malam ketika tidur itulah yang memberi mamy kekuatan. Suatu kekuatan dari dalam yang menjadikan Mamy lebih tabah, kuat dan tegar. Kamulah sumber kekuatan mamy.
kutatapi wajah itu lalu ku sentuh pipi yang lembut, lantas mamy jadi terharu tiba-tiba. Tidak apa sayang. Suatu hari nanti keadilan dan kebenaran akan menyebelahi kita. Jika perlu menunggu 20 tahun lagi, mamy akan menunggu. Saat itu akan tiba kerana Tuhan sedang mendengar. Apa yang terpenting ialah kamu perlu tahu bahawa mamy dan dady akan sentiasa ada untuk kamu. Kamulah darah daging dan nyawa kami. Kamu akan membesar dengan baik dan kamu akan bisa menghadapi segala sesuatu kerana kamu anak mamy dan dady.