Salah satu bangunan tempat tinggal wargatua di Kinarut.
Kumpulan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah. ( Kelab Penyayang)
Membaiki Jerangkap Nyamuk Untuk Setiap Jendela.
Aktiviti Pembaikpulihan oleh ahli-ahli kelab penyayang.
Selingan ketika sibuk menjalankan kerja sosial.
Pelbagai ragam wargatua yang dapat dilihat di sana. Sempat melihat penghantaran mayat seorang warga tua yang meninggal dunia di sana. Rasa sebak bila pengurus di sana menyatakan bahawa hidup orang tua di sana adalah tetap hinggalah mereka meninggal dunia kerana anak mereka tidak akan mengambil tahu mengenai ibu bapa mereka sehinggalah sampai waktu untuk menuntut mayat. Rasa heran juga kenapa wujud jenis manusia yang menghantar ibu bapa ke rumah orang tua, sedangkan ibu bapa adalah orang yang terpenting dalam hidup, yang membesarkan kita. Apa yang pasti, ibu bapa saya tidak akan pernah merasa hidup di rumah orang tua... itu janji saya...
0 comments:
Post a Comment