About Me

My Photo
Nell Huriean
I am me and that's all I can be...I'm not perfect and never claimed to be...but I am happy with who I am and with the decisions I have made in my life... NoBOdy perfectly noe EvERYTHINg AbouT me... I am a daughter, a SisteR, a Grand-Daughter, A niece, a cousin, a FrienD, a StudeNt, a Young girl And a grown woman. I aM confident And SCArED, TERRIFied anD exited. I am LovING AND cARing and thoughtful anD hOPEful. I am Shy anD friendly, anD careful AND carleSS. I am hard working anD determined But a little scared on tHe inside. I PraY to GOD and CrY My tEaRS. i listen To Others & olwez gave a chance for someone who deserved itz. I LoVE yoU anD I want yoU But nOt so close. I aM everything anD nothing alL at OnCE..feel free to visit my blog yaa..all about my Tales... Nell Heart you...
View my complete profile

love2


Tuesday, October 10, 2017

Pregnant???!

Hampir Semua wanita pernah mengalami pengalaman mengandung. Satu pengalaman yang sangat berharga terutama bagi yang preggy anak pertama. Begitu juga saya, mengandung anak pertama ini adalah sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Apalagi bila pertama kali mendengar dengutan jantung darah daging sendiri dari dalam. Betul-betul terharu.

Tarikh keramat perkahwinan saya ialah pada 15.09.2016. Sehari sebelum hari Malaysia. Masa itu kami terus honeymoon di Hotel perkasa Tenom sebab 16.09 keesokkan harinya kawan baik saya lagi si gayang yang kawin 😂 Tarikh persandingan kami pada 30 oktober 2016. So kiranya kami kawin di jpn dlu baru sanding 1 bulan kemudian.

Cuti laki sia habis trus dia balik ke kuching untuk kerja. Saya meneruskan hidup di Sabah dengan segala persediaan dan diet maut untuk nampak selim masa sanding sia nanti. hahaaa

Next period saya sepatutnya hujung bulan 9. Seumur-umur hidup sia nda pernah sia punya haid nhe lewat. 1 minggu berlalu nda kunjung tiba juga ini period. Masa tue manalah saya expect apa-apa. Tiada pengalaman katakannn.. Tapi yang pelik selera makan sia berubah. Dari dayot maut kepada selera naga. Sentiasaaaa lapar. sentiasaaa mengantuk. amaaaaa..mungkin sia tidak sihat sia bilang.

Lepas tue sia maw makan asamboi. Tapi sia maw asamboi putih yang ada garam di luar dia. cari-cari tiada ah. emosi betul sia. Sia suruh adik2 sia cari di kedai. Darang pg beli pula itu asamboi yg tiada garam. Menangis betul sia sebab Punya sia meradang. Last2 sia jumpa sana kedai runcit dunggang. Terus sia beli 6 bungkus ah. sentiasa sia makan. Masa tue belum lagi sia t'pikir apa-apa. Next day, sia teringin makan mee sup yang ada bau bawang. sendiri sia dribing pg mencari. Maw pg kota belud, tapi jauh betul. Jadi sia pg sana gerai tenghilan. puassssss betul hati sia lepas makan. hahahaa

Then masuk hari ke-10, tidak juga sia period, breast sia masa tue mengambang. Tidak muat udah bra bah. sia ingat sia menggumuk. Stress btul masa tue sebab baju banyak nda buli muat. sempit bahagian dada. Matilah sia. Hujung bulan maw sanding lagi. badan naik mendadak. Trus sia pigi hiking tiap petang. Tapi muka sia sangat-sangat pucat. Lemas. sia ingat pasal sia telampau panat hiking tiap petang. Tidurrrr saja kerja sia. Di tempat kerja pun mana sia peduli, sia kasih ampai ja kepala sia di meja tidur. Tahap mengantuk yang luar biasa. Warna  bibir sia pun sama saja sama warna kulit. sangat pucat. Masa tue lain udah sia pikir. Tidak buli jadi nhe.

Petang tue sia pg hiking lagi di bukit. Balik dari hiking sia singgah sana watson Tuaran. Sia pigi beli pregnant test. Sia ambil yang paling murah. Saja maw test-test. Malam tue, pulang saja dari hiking. sia mandi trus sia pg test lah. Sekalinyaaaaaaaa...

Punya laju itu double line!! Balik2 sia tinguk itu belakang plastik. Apa maksud  kalo double line. Pucattttt sia nampak bila kena tulis "pregnant" uwahhhhhhhhh!!!!!   saya sangat tkajut. Sia inda sangka secepat ini sia preggy. sebab kami merancang lepas 1 tahun kawin baru maw ada anak baitueee... Bergagar2 tangan sia membuka pintu.. Maw kol laki sia..hahaa! Tapi inda juga sia kol sebab sia nda taw maw cakap  apa. sia nda taw berita gembira atau berita apaaaa..aduiii.. sia snap gambar. Send sama laki sia.hahahaaa..peduli dia takajut sanaaaa😂😂😂

Respond dia " aik.. pregnant?" 😅

gitueee bah..trus dia kol. Dia bilang inda apalah.. syukur lah ada rezeki awal. Orang lain bertahun2 mahu ada anak nda dapat2.. kita terus dapat. syukur lah sayang.

Tapi suara dia nda excited. suara pasrah 🤣🤣🤣🤣. sia pun hanya mampu berhuhu saja.
Bisuk dia sia pg beli lagi pregnant test yang mahal. Apa nama tue ah... yg 99% betul. 2 sia beli..Lajuuu juga 2 line.. alamak.. sia pigi lagi klinik swasta..lajuuu juga 2 line..ohoooo..kompom udah laituee..bikin sayang duit saja balik2 beli pregnant test..sampai 5 kali bah sia buat..semua positif..ohooo..Susah juga maw terima mula2..sebab belum lagi maw ada anak telampau awal. Tapi yalah. Bersyukur. Anak itu berkat. Pemberian dari Tuhan.

Sekarang nhe itu anak 11 bulan sudah. Kami kc nama Nathaniel xavier . Nama panggilan Nanat. Jajal bukan main. heheeeee.. Dialah pelengkap hidup kami berdua. Dialah nyawa kami. Semoga terus membesar menjadi anak yang kuat dan hebat sayang. ❤

Template by:

Free Blog Templates